Pages

Friday, February 5, 2010

Karangan terbaik UPSR

Assalamulaikum....
Dah lama aku tak buat post baru.Tapi tak pe la aku pun sblum ni sibuk dengan exam mid term aku...
Baiklah... nak dijadikan cerita.. Time aku tengah sibuk melayari dunia internet aku terserempak lah dengan satu benda ni. Tak tahu la aku orang yang uplod tu ambik dari mana. Pepun aku nak kongsilah sikit. Tapi tak tahu lah benda ni mungkin agak kelakar jugak la.Tapi yang peliknya benda ni bukan dibuat oleh pelukis majalah Ujang ataupun pelukis majalah shin Chan dari jepun, Yoshito Usui (yang memang aku layan sejak kecik lagi).Benda ni di hasilkan oleh anak tempatan. Kiranya 'made in Malaysia' la. Tak tau la bagi orang lain benda ni kelakar ke tak. Tapi bagi aku memang tak boleh tahan la. Sampai nak pecah usus kecik aku. pe pun korang try la tengok la sendiri yer. Kepada yang dah pernah tengok tu tak pe la yer. Benda ni sekadar untuk dikongsi bersama. Takut-takut ade yang tak pernah tengok lagi ke.



Sebenarnye ade sambungan yang aku sendiri baru jumpe kat internet... kat bawah ni adalah sambungan kisah tersebut....

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Saturday, January 30, 2010

Stadi vs Kaple

adoi besok dh peksa mid term dh la.... aku pun dah pening ni sebenarnya, sebab aku pun sekarang ni dah banyak ketiggalan subjek ni.... slalu aku tak macam ni.dah la tinggal tak sampai 3 bulan lagi nak final.. ni aku kira start exam practical.sekali aku tengok ramai la sibuk dah stadi tp aku ni asyik stido jer kat umah.Aku perhati2 pn ramai yang lain dah pulun abis2.Tp betol ke cara diorang ni.Aku tengok ramai yang stadi konon2 nak stadi group tapi ikhtilat tak terjaga.stadi nak berdua. nak cover senang je pegi kat tempat awam la konon macam kat restoran la tempat makan la macam2 lagi la.. bila tengok lagi lebih banyak berkhayal dari stadi.cakap pasal stadi awal2 je semangat tp tengah2 dah start cite pasal bile nak kahwin la nak anak bape la, bila nak tunang la (konon2 la 2).kalau dah terpikir cam tu Alhamdulillah la.Tapi kalau yang terpikir nak jadi penkaple sejati sampai mati tu tak tau la ape nak kate.Ni lumrah kehidupan bile dah suka semua pun jadi serba jadi.hahahah. Tu la orang kate, orang kaple die pn sibuk nak kaple. Jadi sendiri mau ingat la....

Friday, January 29, 2010

Hari Pertamaku

Assalamualaikum.....
aku sendiri pun tak tau nak mula macam mana. Aku pun bukan pandai manapun nak mengedit blog sendiri. Hahaha!! Mungkin ramai kot tak kenal aku. Al-maklumlah yang aku ni jenis low profile (poyo la!!). Dalam kelas pun jenis datang tak datang. macam biskut chipsmore. sekejap ada sekejap dah lesap. macam tu la aku. Kalau pagi ada petang dah ghaib.Hohohoh. Pepun aku nak cuba la masuk sem 2 ni aku datang penuh. fikir-fikir balik rugi je la duit mak bapak aku hantar aku kat sini kalau aku malas nak pergi kelas. Adusss... PEDIH-PEDIH