Pages

Tuesday, March 15, 2011

Lagu Matrik UIA

Salam sejahtera.
semalam aku aku ade post pasal kenangan aku kat Matrik UIA dulu masa bulan puasa. Hari ni pulak, teringin pulak aku nak berkongsi pulak lah lagu yang aku selalu nyanyi masa kat matrik dulu(memang wajib nyanyi pun bila ade apa-apa event pasal UIA dulu). Kalau korang hayati lagu ni memang best la jugak. Memang masuklah dengan lirik lagu die. Part yang aku paling suka masa masa chorus die tu. Memang syok la. Aku tak tau la apa pandangan korng pasal lagu ni. Nak kate tak sedap tu atas korang la. Tapi bagi aku yang dua tahun belajar kat matrik UIA, lagu ni memang the best la...










Monday, March 14, 2011

Kenangan Ramadhan Matrik UIA

Salam sejahtera..
Rase nk tergelak pulak biler aku tertengok video yg korang bakal saksikan ni. Memang tak boleh blah langsung. sebab seingat aku ni la projek video pertama aku sempena Ramadhan Movie competition tahun 2007 masa aku dok matrik UIA dulu. Memang penuh nostalgia. Hehehe. Teringat pulak kat geng-geng aku masa kat matrik dulu. Memang best. Tapi nak wat camne, aku pulak kene pegi kat Mesir. Maka kami pun berpisah semua. Pepun semoga korang terhibur la walaupun citer ni tak seberapa sangat..



 

p/s: suara yang awal-awal tu aku rase korang kenal kot 



 


Sunday, March 13, 2011

Kemanakah Subuh kita menghilang.....??

    Terdetik hatiku untuk menulis sedikit peringatan untuk diriku dan juga sahabat-sahabatku apabila terkenang bagaimana pada suatu dinihari yang tenang semasa aku melihat seorang pakcik tua yang penglihatannya hampir buata yang aku kenali teraba-raba mencari arah ke pintu masuk masjid dalam keadaan gelap dek dinihari. Lantas aku berlari kearah pak cik itu sambil memimpin tangan pakcik itu. Di dalam hatiku terdetik bagaimana kegigihan pakcik tua itu untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.Kagum aku tehadap pakcik itu. bukan sekali dua kulihat keadaan begitu. Boleh dikatakan setiap hari keadaan sama berulang.
    
    Terdetik hatiku bagaimana sahabat-sahabatku yang lain? Adakah mereka masih dibuai mimpi? Jika sudah ada yang bangun, Alhamdulillah, tetapi bagaimana pula yang masih berselimut di atas perbaringan. Jika aku kenangkan semula pakcik tua itu pasti aku berasa malu. Di manakah kita yang masih celik ini? Yang masih mampu berjalan tanpa bantuan. Aku masih ingat isu ini bukanlah sekali dua aku lalui tetapi aku kira sejak dibangku sekolah lagi. Aku merasa hairan bagaimana mereka yang kadang kala sangat mengetaui hukum-hukum agama (malah ada yang menuntut di sekolah agama) tewas dikala keenakan tilam yang empuk.


 
    Terdetik hatiku dan aku merasa hairan mereka ini seperti meremehkan solat subuh walaupun mengambil berat solat yang lain. Adakah sukar hingga kita terpaksa mengorban nyawa untuk bangun?! Tentu sahaja jawapannya tidak. Masih terkenang aku, ramai yang hanya mengambil berat tentang subuh apabila tiba hari- hari penting seperti menjelang hari peperikasaan (untuk mengambil berkat) tetapi pada hari- hari biasa akan meremeh- remehkan subuh hingga aku sudah lali dengan perkara-perkara tersebut. Jika ditanya, pelbagai jawapan diberi. Semua bagai menghalalkan perbuatan mereka.

   Terdetik hatiku, bagaimana jika tiba-tiba malaikat maut menarik nyawa ketika kita masih dibuai mimpi di kala subuh hari. Apakah yang kita akan jawab dihadapan Allah nanti. Ingatlah, sembahyang adalah tiang agama jika kita meniggalkan satu daripadanya maka akan runtuhlah tiang tersebut. Maka, ingatlah juga bahawa hidup ini hanyalah sementara. Janganlah nyawa kita ditarik ketika kita sedang meruntuhkan tiang agama kita...... sendiri mau ingat la...

Digimon vPet


Masih teringat aku semasa zaman hingusan dahulu,antara permainan paling aku suka adalah digimon ataupun nama panjangnya digital monsters. Bendalah inilah seingat aku adalah permainan paling aku suka time tu. Kalau nak cite pasal game ni rasa panjang sangat kot.Tapi tak aper la. Biar aku cite serba sedikit pasal bende ni. Seingat aku bende ni dikeluarkan oleh syarikat Bandai (syarikat yang sama mengeluarkan Tomagochi.. kalau korang masih ingatlah.). Pertama kali dikeluarkan pada tahun 1997 dengan versi 'Digimon version I' , dan seterusnya sehingga version VI disamping edisi-edisi lain seperti 'Digimon Pendulum','Digivice' dan lain- lain lagi. Lepas tu keluarlah digimon versi animasi bermula dengan Digimon Adventure yang mula ditayangkan di TV kalau tak silap aku start masa aku darjah 5 (1998).

Apepun tujuan sebenar aku post ni, sebenarnya untuk berkongsi jer la bagi saper-saper yang meminati digimon sejak dahulu untuk mengembalikan nostalgia lama al maklumlah kalau nak cari sekarang ni dah memang rare sangat-sangat. Time aku tengah berforum maka aku terjumpa la satu game yang aku agak boleh lah membantu korang melepaskan kerinduan kat game digimon ni. Nama die digimon vPet edisi PC.



Memang syok la main bende ni. Tapi aku nasihat saper-saper yang nak dekat exam tu supaya menjauhi game ini sehingga korang abis exam. bukan aper takut-takut exam korang entah pegi ke mana sebab game ni memerlukan komitmen yang tinggi. Ok la dibawah ni serba sedikit aku share  pasal game ni.

  • Kalau nak download game ni boleh dapat kat sini . Aku ingatkan la kalau nak main mula-mula buat file baru.bagi la nama kat file korang tu. pastu ikutilah lngkah seterusnya yang malas aku nak explain kat sini yer. Untuk sebarang bantuan bolehlah tekan kekunci F1.
  • Ini adalah forum die kat facebook kalau nak tahu cara main atau update terbaru boleh pergi kat sini.
  • Bagi saper-saper yang dah lupa pasal nama-nama digimon ni boleh la pergi ke laman web pasal digimon di sini.
  • Yang ini tambahan, bagi saper-saper yang peminat anime digimon ni boleh download kat sini

Tu jer kot aku nak kongsi setakat ni. Tapi kalau ade yang kate aku macam budak kecik pun aku tak kisah , sebab semua ader minat masing-masing.Tapi suka aku ingatkan.. berpada-padalah dengan aper yang kita lakukan, jangan sampai kita lupakan tanggungjawab kita.

Update Baru la

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
aku rase dh lama aku x update blog aku ni. nk dekat setahun agaknyer. maklumlah aku ni jenis pemalas skit.asyik berFB. tp sejak aku dpt tahu ramai dah bukak blog, aku rase elok la sgt aku mula berjinak2 kembali dgn alam blog ni(jinak la sgt) hahahahah.aku pn xpasti lpas ni aku rajin lg x update blog aku ni.aku rase sepanjang setahun ni byk bende aku lalui.semua mmg mgajar aku tentang erti kehidupan.walaupun ader pgalman x bererti pn.. hahaha.xper2 nnti2 jerla aku smbung blik.sbb dh pukul 1.56 pg dh ni dh masuk ari bru 13 mac 2011.besok pon aku ader kuliah. Rase mcm malas nk pegi jer..tp insyallah aku gagahkn diri la besok.pepun aku ucpkan selamat mlm la yer.sori la untuk saper2 yg xfhm short form aku yer.insyallah nnti aku pakai ayat penuh bermakna...