Pages

Sunday, March 13, 2011

Digimon vPet


Masih teringat aku semasa zaman hingusan dahulu,antara permainan paling aku suka adalah digimon ataupun nama panjangnya digital monsters. Bendalah inilah seingat aku adalah permainan paling aku suka time tu. Kalau nak cite pasal game ni rasa panjang sangat kot.Tapi tak aper la. Biar aku cite serba sedikit pasal bende ni. Seingat aku bende ni dikeluarkan oleh syarikat Bandai (syarikat yang sama mengeluarkan Tomagochi.. kalau korang masih ingatlah.). Pertama kali dikeluarkan pada tahun 1997 dengan versi 'Digimon version I' , dan seterusnya sehingga version VI disamping edisi-edisi lain seperti 'Digimon Pendulum','Digivice' dan lain- lain lagi. Lepas tu keluarlah digimon versi animasi bermula dengan Digimon Adventure yang mula ditayangkan di TV kalau tak silap aku start masa aku darjah 5 (1998).

Apepun tujuan sebenar aku post ni, sebenarnya untuk berkongsi jer la bagi saper-saper yang meminati digimon sejak dahulu untuk mengembalikan nostalgia lama al maklumlah kalau nak cari sekarang ni dah memang rare sangat-sangat. Time aku tengah berforum maka aku terjumpa la satu game yang aku agak boleh lah membantu korang melepaskan kerinduan kat game digimon ni. Nama die digimon vPet edisi PC.



Memang syok la main bende ni. Tapi aku nasihat saper-saper yang nak dekat exam tu supaya menjauhi game ini sehingga korang abis exam. bukan aper takut-takut exam korang entah pegi ke mana sebab game ni memerlukan komitmen yang tinggi. Ok la dibawah ni serba sedikit aku share  pasal game ni.

  • Kalau nak download game ni boleh dapat kat sini . Aku ingatkan la kalau nak main mula-mula buat file baru.bagi la nama kat file korang tu. pastu ikutilah lngkah seterusnya yang malas aku nak explain kat sini yer. Untuk sebarang bantuan bolehlah tekan kekunci F1.
  • Ini adalah forum die kat facebook kalau nak tahu cara main atau update terbaru boleh pergi kat sini.
  • Bagi saper-saper yang dah lupa pasal nama-nama digimon ni boleh la pergi ke laman web pasal digimon di sini.
  • Yang ini tambahan, bagi saper-saper yang peminat anime digimon ni boleh download kat sini

Tu jer kot aku nak kongsi setakat ni. Tapi kalau ade yang kate aku macam budak kecik pun aku tak kisah , sebab semua ader minat masing-masing.Tapi suka aku ingatkan.. berpada-padalah dengan aper yang kita lakukan, jangan sampai kita lupakan tanggungjawab kita.

No comments:

Post a Comment