Pages

Sunday, March 13, 2011

Kemanakah Subuh kita menghilang.....??

    Terdetik hatiku untuk menulis sedikit peringatan untuk diriku dan juga sahabat-sahabatku apabila terkenang bagaimana pada suatu dinihari yang tenang semasa aku melihat seorang pakcik tua yang penglihatannya hampir buata yang aku kenali teraba-raba mencari arah ke pintu masuk masjid dalam keadaan gelap dek dinihari. Lantas aku berlari kearah pak cik itu sambil memimpin tangan pakcik itu. Di dalam hatiku terdetik bagaimana kegigihan pakcik tua itu untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.Kagum aku tehadap pakcik itu. bukan sekali dua kulihat keadaan begitu. Boleh dikatakan setiap hari keadaan sama berulang.
    
    Terdetik hatiku bagaimana sahabat-sahabatku yang lain? Adakah mereka masih dibuai mimpi? Jika sudah ada yang bangun, Alhamdulillah, tetapi bagaimana pula yang masih berselimut di atas perbaringan. Jika aku kenangkan semula pakcik tua itu pasti aku berasa malu. Di manakah kita yang masih celik ini? Yang masih mampu berjalan tanpa bantuan. Aku masih ingat isu ini bukanlah sekali dua aku lalui tetapi aku kira sejak dibangku sekolah lagi. Aku merasa hairan bagaimana mereka yang kadang kala sangat mengetaui hukum-hukum agama (malah ada yang menuntut di sekolah agama) tewas dikala keenakan tilam yang empuk.


 
    Terdetik hatiku dan aku merasa hairan mereka ini seperti meremehkan solat subuh walaupun mengambil berat solat yang lain. Adakah sukar hingga kita terpaksa mengorban nyawa untuk bangun?! Tentu sahaja jawapannya tidak. Masih terkenang aku, ramai yang hanya mengambil berat tentang subuh apabila tiba hari- hari penting seperti menjelang hari peperikasaan (untuk mengambil berkat) tetapi pada hari- hari biasa akan meremeh- remehkan subuh hingga aku sudah lali dengan perkara-perkara tersebut. Jika ditanya, pelbagai jawapan diberi. Semua bagai menghalalkan perbuatan mereka.

   Terdetik hatiku, bagaimana jika tiba-tiba malaikat maut menarik nyawa ketika kita masih dibuai mimpi di kala subuh hari. Apakah yang kita akan jawab dihadapan Allah nanti. Ingatlah, sembahyang adalah tiang agama jika kita meniggalkan satu daripadanya maka akan runtuhlah tiang tersebut. Maka, ingatlah juga bahawa hidup ini hanyalah sementara. Janganlah nyawa kita ditarik ketika kita sedang meruntuhkan tiang agama kita...... sendiri mau ingat la...

1 comment:

  1. terdetik hatiku juga ingin memberi komen kepada tuan, sungguh mulia perbuatan tuan terhadap pakcik itu...terdetik jua hatiku ini ingin menjadi seperti tuan...harap tuan dpt doa2 kan untuk aku semoga kita sentaiasa berada dalam rahmat dn kasih sayan Allah s.w.t...*paan depan umah hik3...;)

    ReplyDelete